CADANGAN MASA | 30 MINIT |
TUNJANG UTAMA | BAHASA DAN KOMUNIKASI |
STANDARD PEMBELAJARAN UTAMA | (BM 2.5.1) MAIN PERANAN MENGIKUT SITUASI MENGGUNAKAN BAHASA YANG SESUAI UNTUK MENGHIDUPKAN WATAK TERSEBUT DENGAN BIMBINGAN. (BM 2.4.1) MENCERITAKAN APA YANG DIDENGAR SEMULA MENGGUNAKAN AYAT YANG MUDAH DAN BETUL. |
STANDARD PEMBELAJARAN LAIN YANG DISEPADUKAN | (KTI 2.1.6) MENYANYI DENGAN GERAKAN (PM 4.1.1) MENGENAL PASTI TINDAKAN YANG JUJUR DALAM CERITA YANG DIDENGAR. |
OBJEKTIF PENGAJARAN | PADA AKHIR PENGAJARAN MURID DAPAT : I) MENYATAKAN SIFAT JUJUR II) BERTUTUR DENGAN SOPAN |
KONSEP UTAMA | KITA PERLU MENGAMALKAN SIFAT JUJUR DALAM KEHIDUPAN. |
KOSA KATA | TOLONG-MENOLONG, JUJUR DAN AMANAH. |
ALATAN DAN BAHAN | BUKU BESAR, KERTAS, PENSEL DAN PENSEL WARNA. |
LANGKAH | HASIL PEMBELAJARAN | AKTIVITI | CATATAN |
Set Induksi 5 minit (9.30-9.35 pagi) | (BM 1.1.13) Mendengar dan memberi gerak balas terhadap perbualan. | Guru memperkenalkan dan menunjukkan buku besar kepada murid.Buku ini bertajuk “Bapa Katak yang Sombong. Murid menyatakan tajuk buku besar itu bersama-sama dengan guru dan mengeja tajuk tersebut secara beramai-ramai. | Buku Besar |
Langkah 1 10 minit (9.35-9.45 pagi) | (KTI 2.1.6) Menyanyi dengan gerakan. | Guru bersoal jawab dengan murid mengenai katak. Guru menyatakan kepada murid supaya menyanyikan lagu “ Katak Melompat”. Murid menyanyikan lagu “Katak Melompat” tanpa gerakan. Seterusnya murid berdiri dan menyanyikan lagi tersebut dengan pergerakan kreatif secara beramai-ramai. | Gambar Katak |
Langkah 2 (9.45-9.55 pagi) 10 minit | (BM 2.5.1) Main peranan mengikut situasi menggunakan bahasa yang sesuai untuk menghidupkan watak tersebut dengan bimbingan. (BM 2.4.1) Menceritakan apa yang didengar semula dengan menggunakan ayat yang mudah dan betul. | Guru membacakan buku cerita bersama-sama dengan murid.Setelah selesai guru meminta murid menyatakan watak yang terlibat dalam cerita tersebut dan menceritakan semula secara ringkas cerita yang didengar. Guru meminta murid melakonkan semula watak-watak yang terdapat di dalam cerita tersebut secara berkumpulan. Setelah selesai guru menyatakan nilai-nilai murni yang terdapat dalam cerita tersebut dan menasihati murid supaya kita tidak bersikap sombong antara satu sama lain. | |
Penutup (9.55-10.00 pagi) 5 minit | (BM 1.1.7) Mendengar dan bertindak balas mengikut arahan mudah. | Guru membacakan pantun 4 kerat kepada murid. Tudung periuk si tudung saji, Jatuh di atas si daun semalu, Sikap jujur amalan terpuji, Mari kita amalkan selalu. Murid membacakan pantun tersebut bersama-sama dengan guru mengikut intonasi yang betul. Guru menyatakan kepada murid supaya menulis tajuk “Bapa Katak yang Sombong”di atas sekeping kertas A4 dan melukiskan gambar katak seperti yang terdapat pada buku besar yang dibacakan oleh guru tadi dan mewarnakannya. | Buku Besar Kertas Pensel Pensel warna |